Wednesday 3 August 2011

Spongebob dan Patrick menjadi Warganegara Malaysia




 






MYPR-MYKAD: PAS DAKWA SINDIKET DILINDUNGI BN HADAPAI PRU -13 - minsider

PAS mendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menukar status kewarganegaraan dalam kadar yang cepat sambil menyifatkan ia dilakukan oleh “sindiket” yang dilindungi Barisan Nasional (BN) demi mengekalkan kemenangan pada pilihan raya umum ke-13.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, langkah JPN “membenarkan” pemastautin tetap menukar status kepada warganegara adalah amat tidak bertanggungjawab.

Selain itu, beliau percaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut terlibat dalam “sindiket” itu.

“Perbuatan ini amat tidak bertanggungjawab dan saya tidak tahu bagaimana JPN boleh menukar status pemastautin tetap dalam tempoh hanya beberapa jam.

“Saya percaya ia dilakukan oleh sindiket, yang mana SPR, JPN dan sindiket ini yang beri laluan (untuk menukar status) selain diberi perlindungan oleh BN,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Kubang Kerian ini menambah, pihaknya masih mengumpulkan maklumat lanjut mengenai perkara itu sambil menambah, ia juga berlaku di negeri-negeri lain sebagai persediaan BN dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan penghujung tahun ini.

No comments:

Post a Comment